Datuk Jefridin Atan

PRN Johor:BN menang di kerusi DUN Kukup

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BARISAN Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Kerusi berkenaan menjadi milik BN apabila calon gabungan itu, Datuk Jefridin Atan meraih kemenangan dengan majoriti 8,106 undi.

DUN Kukup menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional, Mahathir Iskandar Muhammad; calon Parti Keadilan Rakyat, Mohd. Zaiful Bakri dan calon Parti Pejuang Tanahair, Zamzam Hashim.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *