CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang Layang tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Abd. Mutalip Abd. Rahim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dengan kira-kira 90 peratus undi dikira, BN meraih 7,309 undi, manakala Maszlee di tempat kedua dengan 4,613 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Alagathiran Krishnan (1,213 undi) dan calon Pejuang, Ahmad Shafiq Othaman (168 undi).
BN adalah penyandang kerusi itu tetapi PKR telah meletakkan calon berprofil tinggi dalam usahanya untuk menawan DUN berkenaan.
Dr. Maszlee adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan bekas Menteri Pendidikan pada zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan Pusat.
Layang Layang merupakan DUN di bawah parlimen Simpang Renggam selain kerusi DUN Machap.
Leave a Reply