DI MARIUPOL, Ukraine, seorang wanita berumur 79 tahun bersedia untuk mempertahankan negaranya daripada pencerobohan Rusia dengan menjalani latihan bersama Unit Khas Ukraine.
Valentyna Konstantynovska diberikan latihan penggunaan senapang AK-47 oleh pegawal negaranya, Unit Khas Azov.
Ia merupakan salah satu daripada tujuh latihan yang dijalani untuk mempertahankan negara mereka daripada serangan Rusia yang dikatakan semakin dekat.
Rakyat Ukraine berkata, Kostantynovska merupakan seorang ‘hero’ kerana mengambil bahagian dalam latihan-latihan tersebut.
Wanita 79 tahun tersebut berkata kepada NBCNews, “Ibu kamu pun akan melakukan perkara yang sama.”
“Saya bersedia untuk menembak jika apa-apa berlaku. Saya akan mempertahankan rumah saya, ibu negara saya, anak-anak saya. Saya melakukan semua ini kerana saya tidak mahu kehilangan negara saya,” katanya.
Kostantynovska juga berkata, beliau menjalani latihan tersebut namun mungkin ‘tidak akan menjadi seorang askar yang kuat’ kerana keadaan fizikalnya.
Beliau tidak keseorangan, penembak hendap Ukraine, Olena Bilozerska, 42 ‘turut bersedia’ menghadapi pencerobohan Rusia.
Bilozerska telah melakukan 10 pembunuhan sepanjang berkhidmat dalam Kor Marin Ukraine.
“Jika musuh menyerang saya, adakah mereka terfikir saya ada suami, ibu bapa atau anak-anak? Semestinya tidak,” kata penembak hendap berumur 42 tahun itu.
Rusia dikatakan mempunyai keinginan untuk mencerobohi Ukraine walaupun menafikan akan berbuat demikian namun, isu ini di pandang serius selepas negara dipimpin Vladimir Putin tersebut menyerang Ukraine pada 2014.
Leave a Reply