KETUA-Ketua Penerangan Bersatu Bahagian dalam kawasan Johor Selatan hari ini mencadangkan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Melalui kenyataan bersama hari ini, mereka menegaskan, langkah itu adalah bagi menggelakkan pembaziran wang rakyat.
‘’ Tindakan UMNO membubarkan DUN Johor dan melaksanakan PRN dalam keadaan rakayat terkesan akibat bencana banjir dan pandemik Covid-19, menunjukkan UMNO tidak peduli langsung dengan kesengsaraan rakyat,’’ kata kenyataan itu.
Ketua-Ketua Penerangan Bahagian Bersatu yang membuat kenyataan itu ialah dari bahagian Mersing, Johor Bahru, Pulau Iskandar Puteri, Pontian, Muar, Parit Sulong, Tanjung Piai, Kulai, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.
Mereka juga turut mendesak, UMNO supaya berhenti membuli parti-parti gabungan PN dengan mengadakan PRN hanya untuk merebut kuasa.
Dalam kenyataan itu mereka menyokong penuh Resolusi Muzakarah Pas-Bersatu yang membuat ketetapan untuk bersama menyertai PRN Johor atas nama PN demi perpaduan ummah.
‘’Kami juga sebulat suara mengecam tindakan tidak bermaruah dan tidak berintegriti dua bekas ADUN yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan. Tindakan ini menjadikan Bersatu Johor lebih bersemangat untuk menghadapi PRN Johor selepaspas tiada lagi “duri dalam daging” dalam parti ini,’’ kata kenyataan itu.
Leave a Reply