kronisme vaksin

Hospital enggan lakukan pemindahan organ ke atas pesakit tidak ambil vaksin

SEBUAH hospital di Boston mempertahankan keputusan mereka selepas keluarga seorang lelaki warga Amerika Syarikat berkata, bahawa pemindahan jantungnya ditolak kerana tidak divaksinasi.

Hospital tersebut berkata, semua hospital di AS mewajibkan vaksinasi ke atas pesakit yang akan menerima pemindahan organ untuk meningkatkan peluang untuk hidup.

Keluarga D.J Ferguson berkata hospital pihak Brigham and Women’s Hospital memberitahu bapa berumur 31 tahun tersebut tidak layak untuk mendapatkan prosedur tersebut kerana status vaksinasinya.

“Kami kesuntukan masa sekarang. Ini bukan sahaja isu politik. Semua orang sepatutnya mempunyai pilihan!” kata keluarga tersebut ketika meminta dana daripada khalayak ramai yang berjaya mengumpul beribu-ribu  dolar setakat ini.

Ibu Ferguson, Tracey Ferguson berkata anak lelakinya tidak mengambil vaksin bukannya kerana enggan  tetapi bimbang kesan sampingan vaksin kepada jantungnya.

“D.J ialah pesakit yang bertauliah. Dia mahu  doktor memberi jaminan  pengambilan vaksin tidak akan membuat kondisi jantungnya lebih teruk,” katanya.

Pihak Brigham and Women’s Hospital menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kes tersebut namun memaparkan jawapan balas di laman rasmi mereka dengan menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 adalah wajib dalam kebanyakan program pemindahan organ di AS termasuklah vaksin Hepatitis B.

Mereka menambah bahawa pesakit yang menerima pemidahan organ mempunyai risiko lebih tinggi untuk maut kerana Covid-19 daripada pesakit yang tidak melalui program tersebut. Dasar tersebut ditegaskan oleh American Society of Transplantation dan badan kesihatan lain.

Pesakit juga perlu memenuhi kriteria kesihatan dan gaya hidup seharian tertentu untuk mendapatkan organ baharu. Ia tidak diketahui sama ada D.J Ferguson menepati kriteria tersebut atau tidak.

Hospital Boston juga menafikan seorang pesakit akan ‘diberi keutamaan’ dalam program tersebut walaupun menepati kriteria yang ditetapkan – seperti yang diujarkan oleh keluarga Ferguson.

“Kini terdapat 100,000 calon dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ dan disebabkan kekurangan organ, separuh daripada mereka tidak akan mendapat organ baharu dalam masa 5 tahun,” kata hospital itu.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *