Pelajar ‘mengamuk’ di dewan kuliah, tembak empat mangsa sebelum bunuh diri

SEORANG pelajar biologi Heidelberg University di Jerman melepaskan tembakan di sebuah dewan kuliah semalam.

Menurut Polis Mannheim, pelajar tersebut yang berusia 18 membunuh seorang wanita dan mencederakan tiga yang lain  sebelum menembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Mannheim, Siegfried Kollmar berkata pelajar itu ditemukan bersama 100 peluru tambahan dalam begnya dan pihak polis yakin dia bertindak keseorangan.

Polis sudah menggeledah rumahnya di Mannheim, bagaimanapun ia terlebih awal untuk menentukan motif tindakannya, kata seorang pendakwa raya.

Pelajar  itu yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah membawa dua laras senjata, termasuk senapang patah namun dia tidak mempunyai lesen senjata apoi, kata Kollmar.

“Suspek tiada lesen memandu, tiada lesen senapang. Ia menyebabkan  ini satu kes yang aneh,” tambah Kolmar.

Beliau berkata,  29 saksi yang berada di lokasi jenayah tersebut memberitahu pihak polis bahawa ‘hanya seorang yang masuk, lepaskan tembakan, berlari keluar dan tiada orang lain selain itu.’

Tiga daripada empat mangsa cedera ringan namun seorang pelajar wanita berusia 23 tahun maut, kata Menteri Dalam negeri Baden-Wuerttemberg, Thomas Strobl.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *