BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke unit rawatan koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN), menurut anak perempuannya, Datin Paduka Marina.
“Keadaan beliau kini stabil dan memberikan respon yang baik kepada rawatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.
Marina berkata bapanya telah menjalani rawatan di IJN sejak dua hari lalu.

Bagi pihak ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga mereka, Marina meminta orang ramai mendoakan bapanya agar segera sembuh.
Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menziarahi Dr Mahathir pada pukul 5.35 petang.
Melalui Twitternya, sebaik sahaja selesai melawat Dr Mahathir, Ismail Sabri mendoakan keluarga bekas Perdana Menteri itu kekal tabah.
Leave a Reply