SERAMAI 19 orang termasuk Sembilan kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di Twin Parks North West Complex, di The Brox, New York.
Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York (FDNY), Dan Nigro berkata api marak dan merebak ke seluruh kompleks tersebut yang berpunca daripada alat pemanas mudah alih di bilik tidur.
“Kami masih menyiasat punca kebakaran tersebut namun ia dikatakan bermula daripada alat pemanas tersebut yang rosak,” kata Nigro.
Berdasarkan rekod, walaupun bangunan tersebut dibina pada tahun 1972, namun dikatakan tidak mempunyai masalah struktur atau teknikal.
“Kesemua penggera asap yang diletakkan di seluruh bangunan berfungsi dengan baik. Panggilan pertama kami terima adalah daripada seorang penghuni yang mendengar penggera berbunyi,” katanya.
Namun, kata beliau sesetengah penghuni tidak mengendahkan kerana menganggap ia perkara biasa dan tiada apa-apa berlaku.
“Pada awalnya kami dengar ia bunyi banyak kali, tapi kami tidak endah kerana kadang-kadang ia bunyi sebab ada orang merokok,” kata Michael Joseph, 32 yang tinggal bersama pak ciknya.
Cristal Diaz, salah seorang penghuni di bangunan tersebut menyatakan anak buahnya melihat beberapa wanita pengsan manakala anak-anak mereka bertarung nyawa.
FDNY berkata seramai 32 orang masih dalam keadaan kritikal dan ia merupakan kebakaran paling buruk di New York.
Datuk Bandar New York, Eric Adams berterima kasih kepada ahli bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan mansag.
‘’Walaupun tangki oksigen mereka kosong tapi mereka meneruskan usaha menyelamat. Kami terkesan dengan peristiwa ini, apatah lagi apabila 19 orang terbunuh termasuk kanak-kanak,’’katanya.
Adams juga berkata, pemimpin agama yang tinggal di kawasan bangunan tersebut banyak memberi bantuan.
“Ia penting untuk orang agama di sini untuk datang dan memberikan bantuan,” kata Adams ketika mengenai Sheikh Musa Drammeh, seorang pendakwah warga Gambia yang datang membantu.
“Terdapat ramai orang Islam dari Gambia tinggal di sini,” kata Adams.
Gabenor New York, Kathy Hochul berkata beliau sedang menguruskan pampasan untuk mangsa-mangsa yang terlibat.
Leave a Reply