MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu diambil untuk memberi laluan kepada proses penilaian risiko dan penelitian terhadap beberapa perkara, khususnya membabitkan prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, perbincangan sepanjang tempoh penangguhan ibadat itu akan turut membabitkan kerjasama Arab Saudi dan Konsulat Malaysia di negara tersebut, sebelum perjalanan umrah kembali dibenarkan.
“Beri peluang untuk kita perketatkan lagi SOP jemaah dari Malaysia, menerusi perbincangan dengan Arab Saudi, agensi pelancongan, kementerian berkaitan dan konsulat di sana.
“Kita akan buka semula (perjalanan umrah) dengan lebih selamat, tetapi bukan sekarang kerana terlalu banyak kes jangkitan COVID-19 terutama varian Omicron,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Khairy juga memberitahu, 12 jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksinasi.
Katanya, perkara itu sedang disiasat bagaimana mereka yang tidak mempunyai sebarang vaksinasi Covid-19 dibenar mengerjakan umrah.
“Perkara ini akan kita bincang dengan pihak berkepentingan termasuk agensi pelancongan berhubung kepatuhan dan syarat yang ditetapkan,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Leave a Reply