BEKAS pemain Manchester City, Benjamin Mendy telah dipindahkan ke penjara keselamatan maksimum HMP Prison Manchester sebelum Krismas lalu sementara menanti perbicaraan atas dakwaan merogol.
Pemain berusia 27 tahun itu berhadapan tujuh pertuduhan merogol dan satu tuduhan serangan seksual pada bulan lepas dan diarah dipindahkan dari penjara HMP Altercourse Liverpool bersama dengan kawannya, Louis Saha Matturie, 40.
Lima mangsa berusia lebih 16 tahun membuat aduan terhadap pemain itu dan dia dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Oktober 2020 dan Ogos 2021.
Menurut pihak polis, perbuatan tersebut didakwa dilakukan di rumah Mendy di Cheshire dan dia disyaki merogol seorang perempuan selepas diikat jamin pada Ogos 2021.
Pada Oktober 2021, pemain bola Perancis itu dituduh merogol seorang perempuan sebanyak 3 kali pada Oktober 2020.
Selepas ditahan oleh polis pada Ogos 2021, Manchester City memberikan kenyataan bahawa mereka telah menggantung Benjamin Mendy.
Matturie pula berhadapan enam tuduhan rogol dan satu tuduhan serangan seksual daripada empat mangsa yang disyaki berlaku pada Mac 2021 dan Ogos 2021.
Perbicaraan Mendy dan Matturie sepatutnya dijalankan pada 24 Januari namun hakim, Patrick Thompson menyatakan tarikh tersebut “tidak realistik”.
Peguam Mendy, Christopher Stables menyatakan bahawa anak guamannya menafikan segala tuduhan yang dikenakan keatasnya dalam perbicaaran sebelum ini dan akan meminta tuduhan-tuduhan tersebut untuk digugurkan.
Leave a Reply