Tun M dibenar keluar IJN hari ini

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sudah dibenarkan pulang.

IJN dalam kenyataan memberitahu, Ahli Parlimen Langkawi itu yang dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu discaj pukul 11.30 pagi tadi.

“Dr. Mahathir telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan pulang mengikut jadual,” demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang dimasukkan ke IJN.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *