Azam Baki DAP hala tuju Ahmad Fadhli Shaari Ketua Dewan Pemuda PAS

Ahmad Fadhli Ketua Dewan Pemuda PAS baharu

AHLI Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari diumumkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu bagi penggal 2021 hingga 2023.

Beliau menggantikan penyandang jawatan tersebut sebelum ini, Khairil Nizam Khirudin yang tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Afnan Hamimi Taib Azamuddin pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, jawatan yang disandang Ahmad Fadhli sebelum ini.

Jawatan Naib Ketua sayap berkenaan yang sebelum ini disandang Afnan Hamimi kini diisi oleh Hanapi Zulkifli.

Memetik laporan Free Malaysia Today, keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Dewan Pemuda PAS , Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu pada hari terakhir muktamar ke-62 sayap berkenaan sebentar tadi.

Proses e-pengundian yang diadakan petang semalam disertai 636 daripada 709 perwakilan bermula pukul 5.30 petang hingga 7.30 malam.

Seramai 90 perwakilan mengundi secara dalam talian di Corus Paradise Resort Port Dickson, lokasi muktamar pada tahun ini.

MOhd Nurkhuzaini juga mengumumkan jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap menang tanpa bertanding, masing-masing disandang Riduan Mohd Nor dan Nor Azariza Mohd Alawi.

Pemeriksa Kira-Kira pula diisi oleh Mohd Ali Rajae dan Shahrir Abu Hassan.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Sesi 2021-2023:

KETUA
Ahmad Fadhli Shaari

TIMBALAN KETUA
Afnan Hamimi Bin Taib Azamuddin

NAIB KETUA
Hanafi Zulkapli

12 AHLI JAWATANKUASA

Hafez Sabri (610 undi)
Ahmad Nawfal Mahfodz (511 undi)
Hanif Haron (483 undi)
Muhd Khidhir Izaidin (479 undi)
Khairul Nadzir (470 undi)
Wan Abu Bakar (433)
Arifiriazul Paijo (425 undi)
Abdul Malik Abd Razak (424 undi)
Hilmi Ismail (412 undi)
Nurul Amin Hamid (412 undi)
Mohd Saifuddin Hassan (376 undi)
Ahmad Bilal Rahudin (355 undi)


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *