KETUA Dewan Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan bagi sesi 2021 – 2023.
Pengumuman itu disampaikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Mohd Nadzim Ahmad Azmi dalam kenyataan media, hari ini.
“Semalam, 21 Oktober 2021 telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi membincangkan persiapan terakhir Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia.
“Dalam mesyuarat tersebut, kami telah dimaklumkan oleh YB Ketua Pemuda, Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin bahawa beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2021-2023.
“Kami menghormati keputusan beliau dan menyerahkan urusan peralihan kepimpinan Dewan Pemuda PAS kepada Muktamar Dewan Pemuda PAS yang akan berlangsung akhir bulan ini. Siiru ‘ala barakatillah,” katanya.
Dengan pengumuman itu, jawatan tersebut kini terbuka kepada dua lagi pemimpin muda PAS yang dicalonkan bagi jawatan tersebut iaitu Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya.
Pada masa yang sama, Ahmad Fadhli turut dicalonkan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.
Turut dicalonkan bagi jawatan nombor dua sayap berkenaan ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Farkhan Md Zain.
Memetik laporan Harakahdaily, sebanyak 110 borang pencalonan bagi Dewan Pemuda PAS yang sah diterima daripada 185 PAS kawasan di seluruh negara.
Berikut adalah senarai pencalonan yang dikemas kini:
Pengerusi Tetap
Kamal Shaari
Dr Riduan Mohd Noor
Timbalan Pengerusi Tetap
Nor Azariza Mohd Alawi
Dr Riduan Mohd Noor
Ketua
Ahmad Fadhli Shaari
Khairil Nizam Khiruddin (penyandang – tidak mempertahankan jawatan)
Khalil Yahaya
Timbalan Ketua
Afnan Hamimi Taib Azamudden
Ahmad Fadhli Shaari (penyandang)
Farkhan Md Zain
Naib Ketua
Hanapi Zulkafli
Mohd Hafez Sabri
Mohd Syahir Che Sulaiman
Zuzalee Ariffin
Ahli Jawatankuasa Kerja
Abdul Malik Abd Razak
Abdul Muiz Muhammad
Adlan Mukhtaruddin
Ahmad Bilal Rahudin
Ahmad Nawfal Mahfodz
Akram Ikrami Taib Azamudden
Azlan Hj Alias
Fairuz Azmi
Hanapi Zulkapli
Hanif Haron
Khairul Azmi Fahmi Jamil
Khairul Nazir Helmi Azhar
Marwan Shukrimun
Mohamad Omar Adam
Mohamad Zikrullah Ismail
Mohammad Arifiriazul Paijo
Mohd Afiq Awang Bakar
Mohd Aizat Zakaria
Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli
Mohd Faizzudin Mohd Zai
Mohd Hafez Sabri
Mohd Haikal Abdul Mutalib
Mohd Huwaid Soleh
Mohd Labib Abd Jalil
Mohd Razali Saari
Mohd Saifuddin Bin Hassan
Mohd Syahir Che Sulaiman
Muhamad Afiq Farhan Mazlan
Muhammad Abdul Malik Abdul Karim
Muhammad Hamdi Harun
Muhammad Hilmi Ismail
Muhd Khidhir Izaidin
Nurul Amin Hamid
Wan Abu Bakar Wan Mahussin
Leave a Reply