SERANGAN bom di sebuah masjid Syiah di bandar Kunduz, Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 46 nyawa pada Jumaat.
Kejadian berlaku di Masjid Seyedabad kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan (0900 GMT), lapor Agensi Anadolu.
Ketua Jabatan Penerangan dan Kebudayaan Kunduz, Matiullah Rouhani berkata, letupan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 46 nyawa manakala 143 yang lain cedera.
Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid menerusi Twitter berkata ramai mangsa terbunuh dan cedera oleh serangan “pemberontak” itu.
Beliau turut mengecam tindakan keji itu serta berjanji akan mencari pelakunya dan membawanya ke muka pengadilan.
Sementara itu, kumpulan pengganas Daesh/ISIS dalam satu kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada Ahad, sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan 20 yang lain cedera selepas sebutir bom meletup berhampiran pintu masuk Masjid Eidgah di Kabul. – Bernama
Leave a Reply