SERAMAI 944 pesakit Covid-19 telah menerima rawatan di Hospital Medan ATM di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu sejak ia mula dibuka pada 21 Jun lalu, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menteri Pertahanan itu berkata, daripada jumlah itu 877 pesakit sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat rawatan di hospital yang mempunyai 80 katil biasa dan empat katil Unit Rawatan Rapi (ICU).
‘’ Saya amat bangga dan hargai kesungguhan anggota-anggota Tentera Darat Malaysia khususnya dari Kor Kesihatan Diraja yang sentiasa sanggup merisikokan diri serta bertugas sepanjang masa demi membantu pasukan KKM perangi Covid-19,’’ katanya melalui catatan dalam Facebook beliau.
Hishammuddin berkata, usahasama antara ATM dan KKM akan diperkukuhkan dan Hospital Medan akan ditambah di negeri-negeri yang memerlukan seberapa segera
‘’ATM kini hanya tunggu lampu hijau KKM untuk diaturgerak. Covid-19 ialah musuh negara. Menerusi apa jua cara, ATM akan peranginya demi nyawa rakyat, kesejahteraan masyarakat dan keselamatan tanah air,’’ tegasnya.
Leave a Reply