4.5 juta korban, hampir 217 juta kes Covid-19 positif dicatatkan seluruh dunia

Susunan ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JOHNS Hopkins University (JHU) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam data terbaharunya memaklumkan, kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 217 juta.

Perkembangan itu berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menerusi perkongsian data itu, JHU memberitahu, keadaan tersebut menunjukkan AS kekal negara paling teruk terjejas dengan 38.9 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.7 juta kes manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Petugas sebuah klinik swasta melakukan ujian saringan ke atas kanak-kanak bagi membendung wabak Covid – 19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Shah Alam. GAMBAR: Warta Rakyat

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.07 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.9 juta sementara Malaysia mencatatkan 1.72 juta kes dan Thailand dengan 1.1 juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 67,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.5 juta.

Berdasarkan data berkenaan, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 638,000 kes.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *