Vaksinasi Covid-19: 11.4 juta populasi negara lengkap dos kedua vaksin

SEBANYAK 11,400,456 orang atau 34.9 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos kedua vaksin Covid-19 setakat semalam.

Mengikut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Facebook berkata, sebanyak 17,437,286 orang atau 53.4 peratus daripada populasi negara pula telah menerima dos pertama vaksin.

Menurutnya, mengikut peratusan bagi populasi dewasa pula, sebanyak 74.5 peratus penerima telah mendapat dos pertama manakala 48.7 peratus penerima, lengkap dua dos vaksin.

“Secara keseluruhan, sebanyak 28,837,742 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam,” katanya hari ini.

Infografik pemberian vaksin Covid-19 di seluruh negara setakat semalam. Foto JKJAV

Sementara itu, JKJAV berkata, untuk vaksinasi harian, sebanyak 525,111 dos vaksin Covid-19 diberikan setakat semalam.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 184,972 dos pertama diberikan manakala 340,139 lagi melibatkan dos kedua.


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *