PENGARAH Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Asmayani Khalib dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Perlantikan beliau Datuk Dr. Norhizan Ismail yang bersara wajib dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Sebelum memegang jawatan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang pada 2019, Dr. Asmayani juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Institut Kanser Negara (IKN), Pengarah Hospital Kulim dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.
Beliau juga pernah bertugas di beberapa hospital dan fasiliti kesihatan sepanjang perkhidmatannya iaitu Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Hospital Kajang, Selangor, Hospital Taiping, Perak dan Hospital Jengka, Pahang.
- SB
Leave a Reply